assalamualaikum..kaifa halukum.?? so,, welcome to my space here..enjoy yourself ya.!! (: don't forget to follow me..

Sunday, March 10, 2013

Alhamdulillah!! nikmat Allah itu indah :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH SEMUA..
KAIFA HALUK??

Ya Allah, lindungilah kami dari godaan syaitan dan datangkanlah manfaat dari ilmu yang kami pelajari dan semoga kami amalkan dengan penuh keikhlasan.. :) banyakkan senyuman di bibir, in shaa Allah ceria :)

heheh.. :) nak share kegembiraan yg ana rasa.. walaupun mungkin sementara..tetapi, ia adalah pengalaman yang amat manis :) teramat manis...

murid2 sedang melakukan amali solat :)

inilah yang ana katakan pengalaman yang amat manis.. Indahnya dapat mengenali kanak-kanak yang baru menjinakkan diri ke alam dunia.. comel-comel kan?? 

ana baru lagi bekerja di Aulad Centre Sdn.Bhd.
ana bekerja di bahagian cawangan Tadika Aulad Taman Jasmin, Kajang.
Aulad mempunyai 5 cawangan dan office induk berada di Bangi.
Principal bagi Aulad Centre Islamic Pre-School ini adalah Ummu Latifah Hanim..
gembira mengenali Ummu.. Beliau merupakan seorang yg lembut dan juga baik hati..Tetapi, ana tak pernah jumpa Ummu lagi setakat ni.. ana hanya bercakap di telefon sahaja..
tetapi, daripada percakapannya.. ana rasa beliau seorang yang lembut kerana beliau amat menyukai kanak-kanak.. SURELY LOVING PERSON... right??
semua sukatan mata pelajaran di tadika Aulad menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.. kanak2 di sini speaking beb.. haha :D bayangkan budak 4 tahun speaking dgn ana.. cemana.?? korang boleh faham tak? nadh pun mula2 tak faham jugak..tapi, lama2 dah faham laa.. yelahh kan,, budak2..masing2 lidah pelat... adoi..
nadh mengajar murid2 5 tahun dan 4 tahun...

bagus kalau anda mahukan anak2 memulakan pendidikan di sini.. yuran yang berpatutan dan kelas pengajaran yang baik..


my students :) comel kan mereka??

they call me "Teacher Nadhrah"... (*love it! haha)
tapi, rasa mcm tak layak jee... saya ni lepasan SPM jee kott.. ilmu tak bnyk mana..
sementara tggu result SPM ana bekerja di sini..
niat ana hanya ingin membantu saja.. 
org kata nk buat amal sikit sbb kita ni bnyk buat dosa kan??
tetapi, saya ditawarkan gaji yg cukup tinggi berbanding dgn kerja saya yg dahulu sebagai waitress (*dah berhenti dah january lalu)
ana mula kerja minggu akhir Februari lepas.. 
entah laa sampai bila sebab Result SPM keluar 20 Mac ni kan?? so, nadh rasa perlu berhenti bekerja dan fokus untuk belajar balik. Nak masuk Universiti, in shaa Allah. :) doakan ana ye :)

pepatah arab ada mengatakan : " Man Jadda Wa Jada, Wa Man Zaro A'hasoda "
maksudnya: " siapa yang berusaha pasti dia akan berjaya.. "

i really hope so... Tawakkal je lahh banyak2.. doa agar diberi kemudahan dalam apa jua urusan nanti.. Allahumma Aameen >.<

okay, berbalik kepada mamnu' (tajuk) kita,
pada waktu pagi ana bertugas sebagai guru, tetapi di sebelah petang ana pun still bergelar guru.. but, on the same time, i have to be a babysitter.. hehe <3 suka sangat...!! sbb ana suka budak kecik lagi-lagi bayi.. nadh just perlu masakkan makanan untuk mereka, mandikan bayi dan tidurkan mereka... simple jee kan.??? tapi, kadang2 penat jugee..heee >.<"

mereka sedang tidur..... Zzzzz

inilah baby Ryan yg cukup nakal tapi baik... hehe  ^____^

dia suka baca buku sebelum tidur... setiap hari pasti akan jadi mangsa ciuman ana...
tengok lah pipi dia yang chubby tuhhh.. ishhh, geram >.<"

yang budak soram ni nama dia baby Amir berusia 2 tahun.. baby paling dengar ckp dan tak bnyk songeh.. yang tak boleh blaa bila dia nangis mesti cari Teacher Nadhrah dia ni.. alolo, commey  ^___^

okehh.. itu pengalaman nadh di alam pekerjaan..
yang paling best bila students ana berani geletek ana :) nasib baik tak geli.. 
budak dua orang ni suka menyakat ana.. tapi, pandai dyorang nih..
dia berdua ni sahabat baik.  kemana sahaja mesti berdua. duduk dalam kelas pun sebelah-sebelah.. pergi sekolah dan pulang sekolah pun sama-sama.. sweet kan?? nak tahu tak sebab kenapa mereka rapat..?? kerana ibu mereka kawan baik.. hehe :D
nama mereka : yang kiri tu NAFIZ, yang kanan tu MEGAT SYAHMIE..
comel sangat2!!! selalu tolong ana kemaskan kelas.. baik kan dyorang??

apa2 pun.. mereka semua penyejuk hati ana yang sakit.. :)
tanpa mereka ana juga tak dapat melalui dugaan ini bersendirian.. kerana mereka amat mengambil berat tentang ana.. mereka selalu bertanyakan kesihatan ana.. sampaikan ada suatu hari ana tak berupaya nak senyum, (*demam panas) mereka tanya mcm ni " Teacher, teacher.. Teacher sakit ke??" soalan simple mcm tu bukan semua orang boleh buat kan?? bahkan family ana tak pernah tanya soalan mcm tu.. 
then, nak tahu apa yg mereka kata?? mereka kata "teacher makanlah ubat".
ana kata, "takpe, teacher okay jee".. mereka kata apa tau, "teacher berehat laa sekejap".
Allahu.. baik nya  hati mereka.. tak lama selepas tu, mereka pandai cover pada principal yang ana tak tidur dalam kelas dgn menyanyikan lagu ABC dengan kuat.. ish..ish.. memang ana tak tidur pun.. buat2 jee.. nanti students tanya mcm2.. so, macam2 laa kena jawab nanti.. 

hehe :) indahkan? Alhamdulillah mereka juga amat memahami apabila ana memakai niqab. ada juga student yang tanya, "teacher tutup muka teacher sbb teacher cantik ke?"... (*ana hanya mampu tersenyum)
cantik lahh sangat teacher kamu ni... adoi,.. >.<" ana jawab " teacher just ikut sunnah.. tau tak?" . mereka jawab , "TAHU....". (*ye,ye jee tau dyorang ni).. then ana tanya : "kamu tak suka eyy teacher pakai purdah/niqab ni??". my students said : " kitorang lagi suka kalau teacher pakai,nampak cantik"... 
MORAL : budak kecil pun pandai ambil hati ana.. inikan pula yg dah Tua- Tua kat luar tu yang hanya tahu judge orang jee.. sodih :'(

i am grateful to be here, in such a place that full of rahmah :)
hope my students will got their success one day :)
Teacher sayang kamu semuaaaa <3
 belajar elok2 tau <3

apa2 kekurangan hasil nukilan ana datangnya dari ana sendiri.. apa2 yang baik datangnya dari Allah. maaf andai ada terkasar bahasa..wassalam :)

No comments:

Post a Comment