..بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah, permudahkanlah urusanku, terimalah ibadatku, dan kawallah nafsuku.
Semoga aku menjadi hamba yang lebih baik hari ini.
Wahai manusia,
Dalam KESAKITAN terujinya KESABARAN..
Dalam PERJUANGAN terujinya PENGORBANAN..
Dalam UKHWAH terujinya PERSAHABATAN..
Dalam PERCINTAAN terujinya KEIKHLASAN..
tapi.. manis itu ada pahitnya..
kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman.
Kau MENGALAH? MENGELUH? SUNYI?
Apakah kau lupa Allah itu maujud?
Apakah kau lupa kau bertuhan?
Sujudlah.
Sujud kepada Dia yang Satu.
Sucikanlah dirimu dengan 4 hal iaitu dengan 4 perkara...
Pertama : Wajahmu sentiasa berlinangan air mata KEINSAFAN.
Kedua : Lidahmu basah dengan zikir hanya untuk Pencipta yang Maha Satu. MAHA KUASA.
Ketiga : Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..
Keempat : Dosa-dosa yang silam disulami dengan TAUBAT kepada Zat yang memilikimu..
semoga hari-hari yang mendatang akan membawa seribu kebahagiaan kepada diri kita. in shaa Allah. assalamualaikum.