assalamualaikum..kaifa halukum.?? so,, welcome to my space here..enjoy yourself ya.!! (: don't forget to follow me..

Thursday, February 14, 2013

Coretan Rindu Anakandamu wahai Ayahandaku...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh sahabat :)

Bismillahirrahmanirrahim......

Menyingkap kembali di balik tabir pemergianmu oh ayah.. Bertarikh 30 April 2006, di pagi Ahad nan nyaman menyepi.... Dikau terbujur kaku di ruang tamu... OH AYAH..! saat itu hatiku getar kerna seluruh tubuhmu bagaikan tidak bernyawa lagi. Bibirmu kebiruan..... Hatiku merasakan sesuatu dan satu suara datang berbisik ke qalbu... "Ayah sudah tiada.!! Ayah sudah tiada.!!"

Aku mendekati jasadmu,
Ku pegang tanganmu erat,
Ku sentuh jari jemarimu,
Ku usap, Ku belai pipimu...
Tapi, OH AYAH...
Kau tiada daya lagi menyambut usapanku kembali....

Hatiku rapuh!! beronak duri,berkaca-kaca... bagaikan retak gugur langsung ke bumi.. Akhirnya Malaikat Maut menjemputmu di atas panggilan Ilahi.. Kau pergi meninggalkan aku tanpa sebarang nota mahupun kata-kata terakhir yg terucap dari bibirmu.. Malam sebelumnya, sempat ku hulur tangan untuk bersalaman denganmu sebelum beradu ke kamar. Tangan itu, berhaba , ciumanmu ke dahiku terasa panas sekali.. sepertinya kau tahu kau akan pergi dulu.. Akhirnya, Dikau pergi jua meninggalkan isterimu dan 8 orang anak-anakmu bersendirian..

Pagi itu,
Ku lihat jam di dinding ..
sudah menunjukkan 7.25 pagi..
Seingat aku .. udaranya cukup sayu,
Seakan tahu akan kepergianmu OH AYAH..
Aku tatap wajahmu..
Sentap.
Tangisan esakku mengirimu..
Yang aku mampu cuma mengirim sebuah do'a buatmu.. 
Rintihku lagi... "Ayah pergi meninggalkan aku!! menyambut seruan YaRobbi,
Aku merengek sendirian..
Seorang anak perempuan kecilmu yang cuma berumur 11 tahun kau tinggalkan..
Tanpa sebarang kata.

Tidak lama selepas itu.. dalam pukul 9 pagi mungkin..? Aku dikejarkan ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Kata doktor ayah perlu dibedah siasat segera... Alasannya cuma ayah meninggal dunia di bawah lingkungan umur 40 tahun. Aduhai,, sebak hatiku.. Kau hanya berumur 39 tahun pada ketika itu.. Baru ku sedar ayahku amat muda.. ^_^
Bedah siasat pun mula dijalankan... Terasa amat lama untuk waktu berjalan.. Ku Pejam, Ku Celik, Ku Pejam, Ku Celik. Akhirnya, keputusan tiba jua.. AKU TERKEDU buat seketika.. setelah berjam-jam kami menunggu di luar bilik jenazah, keputusan bedah hanya sekadar memberitahu ayah sekadar mati mengejut cuma.. Allahu Akbar.! mendidih rasanya hati ini.. Terasa bagai mahu menumbuk doktor tersebut. Betapa amarah menguasai diriku yang kerdil ini.. Sanggup dia menyakiti jenazah Ayahku yang terbujur kaku !! Aku menangis, menangis dan menangis tanpa dipinta.. Kerana di awal usiaku yang masih mentah ini.. Aku hanya mampu menangis sahaja.. Berlinangan air mata berderaian jatuh ke pipi.. :'(

Seusai jasadmu dikafankan,
Serba putih,
Terkejut aku melihatmu OH AYAH,
Terdiam tidak berkata-kata,
Matamu terpejam rapat......
Langsung tidak berkerdip lagi,
Tenangnya wajahmu terukir satu senyuman,
Bagaikan dirimu menasihatiku agar lebih tabah menghadapi ujian ini barangkali,
Aku cuma bisa melihat Senyumanmu itu dari kejauhan,
Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku,
Mataku berkaca-kaca langsung air mata jatuh jua dari kelopaknya...
Aku cuba juga menahan ia daripada terjatuh lalu aku cium pipimu buat terakhir kalinya..
Sebelum dirimu diusung ke kuburan..
Syahdunya hatiku melihat pemergianmu OH AYAH!
Sang kekasih yang paling memahamiku sudah tiada lagi!!

Dahulunya pada tahun 2006 ayah meninggalkan anak bongsu yang baru sahaja berumur 3 bulan..tapi Kini,,
anak lelaki yang dilahirkan pada tanggal 14 Januari 2006 itu, sudah besar dan juga mampu berkata-kata sepertimu.. dia tidak pernah merasai kasih belaianmu.. Tapi, adik kata.. "Walaupun adik tidak pernah mengenali ayah adik, tapi, Adik tetap sayang AYAH.!! ".. Dadaku mulai sebak ketika melihat keletahnya sebegitu.. Rupanya seiras dirimu.. Di antara semua, ADIK lahh yang paling iras dirimu OH AYAH.. perwatakannya juga sama sekali seperti dirimu.. Segak .. Tampan .. Charming gituu..
Mungkin Allah mahu menggantikan rindu kami padamu OH AYAH.. bertaut kepada kasih sayang ADIK sepertinya merasa kehadiranmu.. I MISS U DAD.!! benar, aku merinduimu wahai ayahandaku..
moga kau tenang di sana kerana do'aku untukmu tidak kan pernah putus sebelum aku penat bernafas.
 AL-FATIHAH dihadiahkan buatmu OH AYAHKU..
aameen Ya Robb :)

adik fakhrul yang sentiasa menceriakan hidup seharian kami.. :)



my late father with his beloved wife :) my mom.. hehe


my last brother.. his name is FAKHRUL HAZIM BIN ZULKIFLI...
comel tak.??

No comments:

Post a Comment