assalamualaikum..kaifa halukum.?? so,, welcome to my space here..enjoy yourself ya.!! (: don't forget to follow me..

Saturday, September 15, 2012

BETAPA AGUNGNYA CINTA-MU

YA ALLAH,,
ana terlalu banyak meminta..tetapi ana lupa ana punya banyak dosa.. kerna hal itu..ana menangis kesedihan..
mengapa Engkau tidak mengambil nyawaku..tetapi masih memberiku menghirup udara dunia.. terlalu sayangnya Engkau padaku.. SUBHANALLAH.. betapa hebatnya kasih dan sayang-MU.. kini, aku telah mula mengenali cintaku yang abadi.. YA ROBBI..ALHAMDULILLAH.. (:



Kenapa Kau beriku sakit.?? kerna Kau menyayangiku..
Kenapa Kau beriku Nyawa?? kerna Kau mahu aku Bertaubat.. mengenalimu..
Kenapa Kau beriku rezeki.?? kerna Kau menyayangiku.. Kau tidak membiarkan aku kebuluran meskipun kewangan keluargaku bermasalah kini..
Kenapa Kau bawa ayahku pergi.?? kerna Kau mengajarku hidup berdikari.. merasai penderitaan kehilangan org yg paling disayangi seperti mana saudara2ku di Palestin yang merasai penderitaan ini sepanjang hidup mereka...
Kenapa Kau menjaga setiap langkahku.?? kerna Kau tidak mahu aku disakiti..
Kenapa Kau melarangku bercouple.?? kerna Kau tidak mahu melihat aku hancur di lembah zina..
zina yang sangat menakutkan,, Zina Hati...
Kenapa Kau masih memberiku kesihatan yang baik.?? kerna Kau mahu aku mengerjakan ibadat kepada-MU dengan penuh khusyuk..
Kenapa Kau beri aku peluang menuntut ilmu.?? kerna ia sebahagian daripada jihad.. dan agar aku tidak menjadi jahiliah..
Kenapa Kau beriku mata untuk melihat.?? kerna Kau mahu aku melihat keindahan ciptaan-MU.. bukan sesuatu yang haram di pandang..

Kenapa dan Kenapa..??? ada hikmah disebaliknya...terlalu banyak sehingga tidak dapat dihitung..
alangkah betapa indahnya cinta-MU..........

No comments:

Post a Comment