Aku remaja
punya cita-cita
aku remaja dunia hari ini
hidup penuh pancaroba
Remaja itu aku
berjalan aku melihat dunia
berlari aku mengejar impian
berenang aku meredah cabaran
Remaja itu duniaku
luas terbentang peluang dan pilihan
tersilap langkah pastiku rebah
tepat langkah mara tapakku melangkah
Aku remaja
ingin terbang melayang di udara
setinggi puncak ku ingin mendaki
seluas lautan ku ingin renangi
untuk aku lebih mengenali
siapa aku sebagai remaja......
Biar cita-cita menggapai awan
biar khayalan tak bertepian
biar dunia menjadi ujian
rapatilah aku dengan belas kasihan
nasihatilah aku dengan kelembutan
kerana aku seorang REMAJA
No comments:
Post a Comment