siapa aku??
aku adalah makhluk yang dicipta ALLAH YANG MAHA ESA,
aku hanyalah seorang hamba yang mahu taat kepada tuhannya,
aku hanya seorang perantau di bumi,
aku hanya sekadar mencari Mardatillah,
aku hanya mahu mengerti kenikmatan Iman dan Taqwa,
aku mahu hidup sebagai muslimah pejuang jihad Islam...
siapa aku??
aku adalah wanita yang lemah namun jiwaku kental,
aku seorang hamba Allah yang sering menangis,
kerna dosaku terlalu banyak yang tidak bisa dihitung,
aku mempunyai sekeping hati yang di segenap ruangnya terisi dengan sifat2 lemah lembut,
kerana siapa aku?
akulah wanita akhir zaman yang mahu menjadi wanita solehah.
akulah sang wanita yang menagih kasih Illahi,
yang sentiasa berusaha mencintai ALLAH..
siapa aku??
akulah umat MUHAMMAD S.A.W iaitu nabi akhir zaman dan juga kekasih ALLAH yang palingku cintai,
aku akan menangis pabila teringatkan saat sakaratul maut baginda,
baginda tetap menyebut "UMMATI" sebanyak 3 kali,
hinanya aku!!
banyak benar dosaku sehingga lalai dengan tanggungjawabku sebagai umat,
aku akan sentiasa berusaha menjadi puteri solehah,
bertuahnya aku menjadi umat MUHAMMAD S.A.W !!
siapa aku??
aku bukanlah siapa-siapa..
aku hanya wanita yang tidak akan dipandang dan aku tidak suka dipandang,
kerana pandangan itu akan halal dan suci kepada bakal imamku nanti,
malah mendapat pahala yang dilipat gandakan ,
aku hanyalah bakal isteri yang akan menjadi tempat bermanja bakal sang suami,
aku percaya tentang jodoh ALLAH,
dan aku redha di atas ketentuannya..
aku hanya mahu memiliki seorang kaum Adam yang akan membacakan ayat-ayat suci Al-quran sebelum aku tidur dan selepas aku menjadi ahli kubur nanti,
siapa aku??
siapa aku untuk memperkatakan tentang cinta??
layakkah aku untuk semua itu??
aku adalah insan yang tidak sempurna,
kerna itulah aku mengharapkan bakal sang suami yang akan melengkapkan diriku,
memegang tanganku erat mengiri ke syurga firdausi,
memeluk mesra tubuh panasku dengan penuh cinta kerana ALLAH,
segalanya hanya kerana ALLAH..
siapa aku??
akulah bakal jenazah yang akan diusung ke liang lahad,
aku pasti setiap makhluk yang diciptakan pasti akan merasai mati,
dan sesiapa yang mengingati mati itu adalah orang yang pandai,
aku akan sentiasa memuhasabah diri,
akulah yang mahu mempelajari ilmu agama,
akulah yang mahu mendekati para ulama,
akulah yang telah diwajibkan menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalaman,
akulah sebahagian muslim yang akan berpuasa di bulan Ramadan Karim,
akulah orang yang mahukan perubahan,
aku mahu berhijrah,
aku tidak mahu lalai dan leka dengan dusta duniawi,
kerana tujuanku hanyalah di akhirat yang pasti,
untuk mencari bekalan ke alam barzakh nanti..
-nadhrahzulkifli,12/12/12
No comments:
Post a Comment