assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh untuk muslim dan muslimat semua yang ana kasihi,,
zaman moden kini penuh dengan pelbagai fesyen, tp.,, jangan terpengaruh tau dgn semua tu.. tak elok, ALLAH murka... INGAT TAU. (: (: terdapat beberapa kesalahan yang selalu dilakukan oleh muslimah-muslimah di MALAYSIA ni..
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah menutup tudng sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-shirt' lengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
mari kita sama-sama membetulkan apa yang salah dan ini adalah untuk peringatan jua untuk diri ana yang sering alpa.. ALLAHUAKBAR.!!!
No comments:
Post a Comment