assalamualaikum..kaifa halukum.?? so,, welcome to my space here..enjoy yourself ya.!! (: don't forget to follow me..

Sunday, January 1, 2012

hanya pada-MU

bismillahirrahmanirrahim.....


cahaya itu,
menyelinap di segenap ruang jiwaku,
ketika aku hilang mencari arah,
sedetik dan seketika itulah aku menangis,
menginsafi diri ini...


cahaya itu,
menerangi hatiku yang gelap,
tiba-tiba air mata berlinangan,
mengingat kembali dosa-dosa yang lalu,
cukup bertuah sekali aku,
kerana lahir sebagai seorang MUSLIM..


hidayah ALLAH,
datang kepada orang yang mencari,
pergi daripada orang tidak peduli,
RUGINYA...!!!
betapa ruginya...!
hidayah ALLAH,
hadiah yang paling mahal yang tiada tanda harga,
takkan dapat dibeli walau ditawar harga berbillion sekalipun,
ia datang ketika kita mencari redha ALLAH,
sewaktu itulah cinta datang bersemi..


cinta manusia,
tidak dapat menandingi "cinta ALLAH"
mengetuk-ngetuk pintu hatiku,
walau hati mahu terus terkunci,
tetapi ia masih boleh dibuka,
dengan kunci "IMAN" 
INDAHNYA...!!
betapa indahnya "cinta ALLAH" yg begitu mahal sekali,
cinta abadi, cinta yang "SATU"..............


2 comments:

  1. Tersentuh baca entry ni...

    ~salam uhkhuwwah dri shbt nadwah~

    ReplyDelete
  2. syuran jazilan sahabat nadwah yang kukasihi..
    teruskan menyokong blog ana ye..(:

    ReplyDelete